my  en  |  faq contactus aduan contactus

Profail Korporat

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang telah ditubuhkan pada 17 November 1969 merupakan agensi pembangunan unggul Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sejak penubuhannya, PDC telah dipertanggungjawapkan untuk menerajui pertumbuhan sosio-ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan kualiti hidup warga Pulau Pinang.

Aktiviti utama PDC termasuklah menjadi tenaga pemikir kerajaan Negeri, pembangunan taman perindustrian, pembangunan perbandaran, pembangunan semula bandar, perumahan mampu-milik dan pelaburan.

Sejak penubuhannya, PDC terus berkembang dan usahanya untuk pembangunan industri dan perumahan telah meletakkan Pulau Pinang sebagai peneraju perindustrian, pelancongan dan hab perkhidmatan di rantau ini.

Visi PDC ‘Untuk menjadi agensi Kerajaan Negeri utama yang berusaha ke arah menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang lebih kondusif melalui pembangunan sosio-ekonomi yang lestari’ merupakan panduan bagi semua perancangan untuk negeri Pulau Pinang dan warganya.

Strategi PDC termasuklah merancang dan membangunkan kawasan perindustrian lengkap dengan kemudahan, infrastruktur yang baik, meningkatkan bank tanah PDC di kawasan strategik bagi pembangunan industri dan pembangunan bercampur, menyediakan kediaman mampu milik untuk semua lapisan masyarakat, pembangunan semula bandar George Town melalui pembangunan semula KOMTAR dan pembangunan ‘greater’ KOMTAR dan memacu perancangan dan pembangunan bandar ketiga PDC iaitu Batu Kawan.

PDC akan terus memainkan peranan penting sebagai pemangkin pertumbuhan di Pulau Pinang, bekerja seiring dengan sektor awam dan swasta sebagai rakan pembangunan dan selaras dengan wawasan negeri untuk mencapai status bandar antarabangsa.

 

 

 

 

 

Hubungi Kami

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No 1 Persiaran Mahsuri
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
 

Emel: webmaster[at]pdc[dot]gov[dot]my

Media Sosial

facebook1  insta1  youtube1

QRCode2

583983
Pelawat Bulan Ini: 5,673
Keseluruhan Pelawat: 583,983
  • Kemaskini Terakhir: 29 Mei 2024.