PDC sebagai pemangkin pembangunan sosio-ekonomi Negeri Pulau Pinang berjanji untuk :
Memastikan pembangunan semua projek perindustrian, perumahan dan komersil dipantau dengan rapi dan siap dengan memenuhi kehendak pelanggan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan mengikut objektif, proses dan prosidur PDC.
Memproses semua permohonan pembelian tanah industri dan penyewaan / pembelian kilang IKS dalam tempoh enam puluh (60) hari.
Memastikan semua bayaran dibuat dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan inbois/ sijil bayaran interim dan dokumen lengkap.
Memastikan pinjaman Skim Pinjaman Harapan (SPH) dan permohonan untuk penyewaan unit-unit kompleks gerai Bukit Tengah dan Bukit Minyak diproses dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan yang diisi dengan lengkap.
Memastikan sebarang pertanyaan/aduan/cadangan/maklum balas dijawab dalam tempoh 7 hari daripada tarikh penerimaan.
Memastikan semua surat-menyurat dijawab dalam tempoh 7 hari bekerja.